seismik

"Saya Kecewa Sokongan Terhadap Saya Sebagai PM Ke-8 Amat Menghampakan" - Bung Mokhtar

Adui. Lawak betul!

Cover image via The Star & Legacy times

Minggu ini telah menjadi detik yang sangat getir buat seluruh rakyat Malaysia apabila satu persatu perkara berlaku membabitkan kerajaan dan juga parti-parti politik

Pada Isnin lalu, Tun Dr Mahathir Mohamad telah membuat kejutan dengan mengumumkan peletakan jawatan beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-7.

Beberapa jam selepas peletakan jawatannya, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri' Ayatuddin Al-Mustafa Billah kemudiannya melantik semula beliau untuk menjadi Perdana Menteri interim sementara menunggu pelantikan Perdana Menteri yang baru.

Bukan itu sahaja, Yang di-Pertuan Agong juga telah berkenan untuk membatalkan pelantikan menteri-menteri atas nasihat Perdana Menteri pada hari yang sama.

Susulan itu, buat pertama kalinya dalam sejarah, Yang di-Pertuan Agong telah menemu bual semua ahli parlimen di istana selama dua hari bagi menilai sendiri situasi politik yang sedang dihadapi oleh negara.

Tidak dilupakan, ketegangan suasana politik negara ini ditambahkan dengan keputusan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang telah mengumumkan keluar daripada Pakatan Harapan.

Ekoran daripada itu, Pakatan Harapan telah mencadangkan agar Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dinamakan sebagai calon Perdana Menteri ke-8 manakala PPBM pula dijangka menamakan Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk jawatan tersebut.

Dalam kekalutan politik itu, di Twitter, seorang ahli politik dari Barisan Nasional ini pula telah mendapat perhatian netizen apabila 'mencalonkan' diri beliau sendiri

Tanpa 'segan-silu', Datuk Seri Bung Mokhtar Radin dalam satu Tweetnya beberapa jam lalu menyatakan 'pendirian' beliau untuk melantik dirinya sendiri sebagai calon Perdana Menteri ke-8.

Ia ditulis sebagai respon daripada satu Tweet yang dimuat naik oleh rakan seperjuangannya, Tan Sri Annuar Musa.

Bukan itu sahaja, Bung pada semalam turut memuat naik satu Tweet yang seolah-olah hampa apabila dirinya tidak mendapat sokongan padu untuk dicalonkan ke jawatan tersebut.

Menyedari ianya sekadar jenaka dan gurauan yang dibuat ahli politik itu, ramai dalam kalangan netizen rata-ratanya terhibur dan memberikan respon yang positif kepadanya.

Pandai betul YB kita ni melawak. Tak apalah, yang penting kita sama-sama doakan yang terbaik buat negara kita, Malaysia.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Artikel berkaitan:

You may be interested in: